Apa khabar semua? Semoga sihat semuanya…
Sejak kebelakangan ini saya terus menerus dihujani dengan pelbagai tawaran pelaburan yang menjanjikan bulan dan bintang, pulangan tetap setiap bulan, pulangan tetap berdasarkan jumlah pelaburan, semakin besar modal maka semakin besar pulangannya….perniagaan networking berlian dan batu permata, perkongsian modal bersama syarikat Stokis dengan pilihan pulangan 5 bulan atau berapa sahaja anda tentukan …dan pelbagai bentuk pelaburan koperasi…
Wah..naik penat dan pening saya mendengarnya…
Apa lah nak jadi dengan pemikiran dan sikap kaum Melayu dan Bumiputera yang tidak sudah-sudah dengan aktiviti buat duit atau pelaburan yang menjanjikan pulangan yang cepat dan pantas :( kesian saya melihat mereka…
Apabila saya memberitahu perkara sebenar tentang pelaburan mereka buat-buat tidak faham…saya sarankan melabur di tempat yang betul dan dijamin dan diluluskan pihak kerajaan mereka was-was dan tidak berani dan kalau ada pun mereka hanya berani bermula dengan jumlah yang kecil…yang amat kecil…
Amat kecil jika nak dibandingkan dengan pelaburan yang mereka buat ke dalam pelaburan yang ntahapaapantah tu…yang dakwa mereka diluluskan oleh Bank Negara Malaysia lah, berdaftar dengan SSM lah dan macam-macam lagi lah…
Apa yang mereka nampak adalah pulangan dan keuntungan mudah yang boleh mereka perolehi hasil daripada pelaburan itu dalam masa yang singkat…dalam erti kata lain mereka ni terlampau ghairah nak cepat kaya dengan cepat, mudah dan Malas….
Mereka duk menjaja Company ni berdaftar dengan SSM lah, ada Sdn. Bhd. lah dan pelbagai lagi..tetapi mereka tidak tahukah bahawa mendaftar perniagaan dengan SSM itu sesiapa sahaja boleh buat … mereka mungkin mendaftar menjalankan perniagaan lain tetapi modus operandi mendapatkan deposit tu di bawah bidang kuasa pihak lain pula…Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti!
Dan yang paling mengharukan, apabila ditanya kepada mereka, apakah bisnes yang dijalankan oleh company tersebut sehinggakan boleh memberi jaminan pulangan yang tetap…???
Macam biasalah mereka menjawab tentang perkara yang menghairahkan tentang pelaburan seperti berlian ,batu permata, emas, balak, dan ada juga yang dicanang menjadi Stokis yang besar…
Tetapi apabila ditanya Stokis tu jual apa? Mereka hanya tahu menjawab Stokis tu jual barang-barang…Barang apa? Mereka pun tidak tahu..??? Hai kesiannya …mereka ini….lemah betul!
Itulah, kalau ada di antara kita yang melabur hanya melihat kepada pulangan yang dijanjikan dan bukannya hendak mengkaji dan membuat penilaian logik sebelum melabur…
Apabila ingin melabur anda perlu tahu tentang operasi syarikat berkenaan, apa aktiviti mereka, bagaimana mereka memperolehi keuntungan dan bagaimana aktiviti mereka itu menyumbang kepada perolehan sayarikat…
Dalam dunia ini, jika dilihat secara logiknya tiada siapa pun yang sudi berkongsi keuntungan yang besar dengan penyumbang modal mereka!
Lihat sahaja pihak Bank, anda smpan wang dengan mereka, berapa yang diberi kepada anda?
Jika disimpan dalam Akaun Simpanan Biasa tidak sampai 1% pun. Jika dalam FD simpanan tetap tidak sampai 4% pun. Tetapi tahukah anda, pihak bank mengenakan faedah 10% menggunakan wang anda tetapi mereka hanya beri 1% hingga 2% sahaja kepada Anda! Maka tidak hairanlah pihak bank terus mencatatkan keuntungan juta ringgit bahkan berbillion…
Dan yang paling menghairankan, mereka yang melabur dalam skim seumpama dengan skim cepat kaya ini, tidak pernah terfikir bahawa terlampau banyak perkara yang menjadi syak kepada pelaburan mereka.
Contohnya, ada sesetengah skim atau program tersebut secara terang-terangan dan jelas cuba berselindung dengan tidak memberi apa-apa dokumen Hitam Putih kepada para pelaburnya…apakah ini sesuatu yang boleh diterima jika anda melabur puluhan RM tetapi tiada satu pun kenyataan yang menunjukkan anda adalah pelabur kepada Company berkenaan???
Jika anda simpan wang di Bank anda dengan hanya dua tiga ratus RM pun ada buku akaunnya, inikan pula pelaburan yang puluhan ribu RM…!
Jadi saranan saya jika anda ingin membuat sesuatu pelaburan kaji dahulu, apakah aktiviti perniagaan tersebut, kerana pelaburan berkait rapat dengan permintaan dan tawara dalam ekonomi semasa dan bukannya hanya kepada Janji Pulangan Secara Tetap Setiap Bulan Berdasarkan Jumlah Modal Yang Anda Laburkan…
Berhati-hatilah…kerana di luar sana, terlalu ramai yang ingin mengambil wang daripada poket anda,….
Salam kekayaan,

