Salam pembaca Blog !
Semalam ada rakan saya bertanyakan saya,
“Apa itu Unit Trust?”
“Unit Trust adalah Dana Unit Amanah atau Saham Amanah, “
jawab saya ringkas!
Setelah saya perjelaskan kepadanya barulah dia mulai faham. Selama ini dia hanya tahu bahawa Saham Amanah itu adalah seperti ASB ,ASN, ASW dan ASDidik sahaja.
Sebenarnya apa yang diketahui oleh rakan saya itu adalah sebahagian daripada produk Industri Unit Amanah. Ini kerana kesemua produk tersebut dikeluarkan dan diuruskan oleh pihak kerajaan melalui Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Senang cerita, ASB dan Amanah Saham yang disebutkan tadi bolehlah kita panggil sebagai Saham Amanah tajaan kerajaan.
Manakala terdapat banyak lagi Saham Amanah yang diuruskan oleh Pengurus Dana Swasta yang memberikan lebih banyak peluang untuk mendapatkan pulangan yang lebih kompetitif.
Kawan saya bertanya lagi kepada saya,
“Bagaimana pula pelaburan Unit Trust atau Unit Amanh beroperasi?”
Baiklah bagi menjawab persoalan yang ditimbulkan olreh kawan saya itu baik saya kongsikan dan jelaskan untuk pengetahuan dan maklumat semua pembaca setia blog ini.
Secara asasnya, Unit Trust merupakan satu skim pelaburan kolektif yang membenarkan para pelabur dengan objektif pelaburan yang sama untuk mengumpulkan simpanan mereka, yang kemudiannya dilaburkan oleh para pengurus pelaburan secara professional.
Pelabur Unit Trust tidak membeli saham secara langsung. Hak milik saham dibahagikan di dalam bentuk unit dan setiap pelabur dikenali sebagai pemegang unit (unitholder). Satu unit di dalam Unit Trust melambangkan sebahagian saham daripada jumlah pelaburan. Apabila nilai pelaburan di dalam porfolio Unit Trust meningkat atau menyusut, nilai atau ‘harga unit’ bagi setiap unit akan naik atau turun secara automatik.
Sebagai bukti pelaburan individu di dalam Unit Trust, setiap pelabur akan menerima pengesahan hak milik, samada dalam bentuk penyata (statement) atau sijil unit (unit certfificate). Jumlah unit yang dimiliki oleh setiap pelabur bergantung kepada harga jualan setiap unit dan jumlah wang yang dilaburkan oleh pelabur pada masa pelaburan dibuat.
Pulangan pelaburan bagi pemegang unit di dalam Unit Trust adalah biasanya gabungan daripada bayaran pendapatan tetap (pengagihan) dan peningkatan nilai kapital, yang diperolehi daripada jumlah pelaburan yang dijalankan oleh sesebuah dana Unit Trust.
Semoga anda mendapat manfaat daripada sedikit maklumat tersebut.

