VISITORS


Sunday, December 21, 2008

Compund Interest

Sering saya ditanya “Apakah rahsia untuk menjadi kaya?”. Apa satu perkara yang boleh kita lakukan untuk memastikan kita menjadi jutawan?

Jawapannya amat mudah- infact, ianya bukan lagi rahsia oleh kerana didalam apa jua buku kewangan peribadi di dunia, sudah pasti terdapat satu bab menceritakan cara ini. cara yang 100% sekiranya digunakan akan menjadikan kita jutawan. Ya, anda juga boleh menjadi jutawan sekiranya mengikut cara ini. Tidak kira latar belakang pendidikan kita, tidak kira tahap intelegent kita, tidak kira apa kepakaran kita, terdapat satu cara yang akan memastikan seseorang itu menjadi jutawan. Namun, tidak ramai yang benar-benar mengambil kesempatan ini.

Caranya bukanlah cara cepat kaya… tetapi, cara pasti kaya. Hendak tahu apakah caranya? Izinkan saya jelaskan dengan satu gambaran…

Bayangkan seorang bayi apabila dilahirkan, pada setiap hari, ibunya meletakkan RM1.00 ke dalam tabung untuk bayi tersebut. Sehari satu ringgit. Sebulan jumlah nya menjadi RM30. Setahun, jumlahnya menjadi RM365. Teruskan simpanan kedalam tabung bayi tersebut dan ketika bayi itu berumur 40 tahun, jumlah yang terkandung didalam tabung tersebut adalah RM14,600.

Wang yang disimpan tidak berkembang. Mungkin tabung yang digunakan perlu upgrade menjadi tabung yang lebih besar. Tetapi, let’s face it… RM14,600 dari simpanan selama 40 tahun bukanlah jumlah yang
besar.

Sekarang, bayangkan sekiranya wang tersebut di simpan di dalam unit simpanan yang memberi pulangan interest sebanyak 12% setahun dan RM1 di simpan setiap hari sejak dilahirkan. Wang yang sepatutnya
hanya RM14,600, kini menjadi RM352,943.18 selepas 40 tahun.

RM352,943.18 ??? Dari mana datangnya lagi RM338,343?

Ini adalah jawapan kepada soalan bagaimana hendak menjadi kaya dengan pasti. Penambahan RM338,343 tersebut datangnya dari kuasa kompaun (Compound Interest)

Compund Interest adalah alat yang paling utama yang memberi kekayaan kepada orang-orang kaya di dunia. Elbert Einstein pernah di tanya mengenai compund Interest. Jawapan yang diberikan olehnya amat
mudah. Katanya, compund interest adalah “the greatest invention of all time”.

Sememangnya contoh saya mengenai bayi di atas agak tidak lojik. Takkan pula seorang ibu boleh memasukkan RM1 setiap hari sehingga umur bayi tersebut 40 tahun. Tetapi, contoh saya tersebut adalah
untuk menunjukkan bahawa betapa kecilnya simpanan kita, sekiranya dilaburkan pada jangka panjang, ia akan menjadi amat besar!

Saya mempunyai kenalan yang tahu mengambil advantage kuasa compound interest. Mereka adalah pasangan suami isteri sederhana. Pendapatan suami adalah RM2,500. Pendapatan Isteri juga RM2,500. Mereka hidup dengan sederhana dan tidak boros. Sehinggakan, segala perbelanjaan untuk menampung hidup dibayar oleh suami- kediaman, kereta, makan minum dan segala keperluan di bayar oleh suami. Manakala, gaji isteri di simpan ke dalam unit simpanan yang memberi pulangan 12% (Kini di Malaysia, pulangan 12% adalah agak biasa sekiranya anda research syarikat-syarikat Mutual funds). (Public Mutual is No.1... :wink: )

Pasangan tersebut sebenarnya adalah didalam jalan yang akan membawa mereka menjadi jutawan!

Bagai mana? Dengan menyimpan RM2,500 setiap bulan dan diberi pulangan 12% atas simpanan mereka, katakan mereka mulakannya pada umur 25 tahun (kahwin muda!).

Sebelum umur mereka mencecah 45 tahun, kekayaan mereka berjumlah RM2,473,138.41 . Ya, hampir RM2.5 juta! Dan ini dengan hanya menganggap gaji Isteri yang disimpan langsung tidak naik selama 20 tahun tersebut. Pasangan tersebut mencapai status jutawan pada umur 38 tahun! Kesemua ini adalah hasil kuasa compound interest!

Sekiranya anda tidak teruja dengan angka-angka ini, biar saya jelaskan lagi mengenai kuasa kompound interest dan apakah kunci kejayaan kompoun interest.

Kunci untuk compound interest. Iaitu, mulakan dengan cepat! Sekiranya anda berlengah memulakan simpanan anda, efek compound interest diperlambatkan.

Perhatikan senario ini. Zahid menyimpan RM200 setiap bulan sejak mula bekerja pada umur 20 tahun.

Asri pula lambat mengambil tindakan. Asri mula menyimpan pada umur 27 tahun. Tetapi, Asri menyimpan RM400 setiap bulan. dua kali ganda lebih dari Zahid.

Mari kita lihat apabila mereka berdua menjangkau umur 38 tahun…

Simpanan pelaburan Zahid adalah RM 115,124.39

Simpanan pelaburan Asri pula adalah RM 108,758.34 - walaupun Asri menyimpan dua kali ganda dari pada Zahid.

Ini menunjukkan keputusan Zahid melabur awal- walaupun sedikit jelas memberi pulangan yang lebih berbanding dengan Asri yang mengambil keputusan melabur lewat - walaupun dua kali ganda.

Sekarang, mungkin antara pembaca mengeluh… tapi Irfan- menunggu 20 tahun adalah masa yang lama! Menunggu 15 tahun adalah masa yang lama untuk mencapai kekayaan.

Anggap compound interest sebagai alat untuk menjadi kaya. Walaupun mungkin mengambil masa yang lama, namun, ia adalah cara yang pasti. Teringat saya tentang cerita sang arnab dan kura kura. Di mana arnab dengan pantas dan bongkak memulakan perlumbaan. Tetapi, di akhir perlumbaan, sang kura-kura yang perlahan yang tersenyum riang memenangi perlumbaan!

Buat pesanan akhir, tanya diri sendiri. Boleh kah anda menyimpan RM10 setiap hari mulai hari ini kedalam akaun pelaburan yang memberi pulangan 12% setahun? Jika boleh, teman, dalam masa 30 tahun, anda juga adalah seorang jutawan!

Salam cemerlang!

p/s : Jika anda berminat sekarang adalah masa terbaik untuk membuat pelabuaran kerana kebanyakan harga pasaran saham unit amanah berada pada tahap rendah. untuk mendapat khidmat saya anda boleh hubungi saya di talian 012-3616466.

artikel source : Irfan khairi newsletter Jutawan dan Pengasas Rahsia Internet dan Mentor Jutawan

Friday, December 19, 2008

10 Tips Melabur dengan Bijak dalam Pasaran Modal


Pasaran Modal Malaysia menawarkan produk pelaburan yang berikut:

saham (ekuiti)
bon
waran, CULS (saham pinjaman)
dagangan komoditi
niaga hadapan & indeks opsyen
unit amanah

selain daripada aset pelaburan bukan modal seperti simpanan bank, hartanah, insurans dan barang koleksi bernilai.

Seorang pelabur bijak akan memilih satu atau lebih daripada aset pelaburan di atas, bukan sahaja berdasarkan matlamat dan jumlah modal yang dimiliki, tetapi juga bergantung kepada kesanggupan menerima risiko. Semua pelaburan mempunyai risiko; sebahagiannya lebih berisiko berbanding yang lain. Anda perlu memastikan sama ada anda seorang yang sanggup menerima risiko atau sebaliknya supaya anda boleh meneruskan program pelaburan sama ada yang agresif, sederhana atau konservatif. Pendek kata, pilih strategi pelaburan yang sesuai dengan profil anda kerana anda perlu rasa senang dengan pilihan tersebut. Jika anda tidak sanggup menerima risiko, elakkan melabur dalam ekuiti kerana harganya sentiasa turun naik dalam masa yang singkat. Anda boleh melabur seberapa agresif yang anda ingini, asalkan masih boleh tidur nyenyak pada waktu malam.

Bon, komoditi, niaga hadapan dan opsyen ialah instrumen modal yang menarik bagi pelabur institusi dan memerlukan modal yang besar untuk berurus niaga. Sebagai pelabur runcit, anda mungkin lebih selesa melabur dalam ekuiti dan unit amanah. Tetapi yang mana lebih sesuai untuk anda?

Jika anda ada banyak masa untuk membuat penyelidikan tentang saham dan arah aliran pasaran, serta gemar menguji kebolehan sendiri, anda bolehlah melabur terus dalam pasaran saham. Sebaliknya, jika anda tidak mahu menanggung bebanan setiap hari mengendalikan sendiri urusan pelaburan, menyediakan sejumlah wang setiap kali membuat pelaburan dan mengambil langkah untuk mempelbagaikan pelaburan secepat mungkin, anda patut mempertimbangkan untuk melabur dalam unit amanah.

Jangan laburkan wang sebelum anda benar-benar memahami semua maklumat yang berkaitan dengan pelaburan.

Bagi saham, anda perlu membuat pilihan berdasarkan pendekatan fundamental, bukan berdasarkan khabar angin. Bersedia untuk membuat analisis terhadap laporan tahunan syarikat, penyata kewangan dan laporan lain serta mengikuti semua perkembangan pelaburan dalam industri berkenaan, dalam negara, dan di peringkat antarabangsa. Anda mungkin boleh menggabungkan pendekatan analisis fundamental ini dengan pemilihan masa yang tepat dan bijak untuk memasuki pasaran. Berwaspada terhadap apa saja cadangan daripada rakan anda atau khabar angin, terutamanya jika tiada penjelasan munasabah disebalik cadangan itu. Prinsip asas membeli saham ialah caveat emptor: biar pembeli berwaspada.

Bagi unit amanah, anda harus meneliti dana unit amanah dan syarikat pengurusannya sebelum membuat pelaburan. Baca dan fahami prospektus dana, surat ikatan amanah, penyata kewangan, matlamat pelaburan, di mana dan bagaimana wang anda dilaburkan, risiko terbabit dan bayaran yang dikenakan. Buat penyelidikan, kumpulkan maklumat mengenai prestasi dana syarikat itu pada masa lalu dan bandingkan dengan prestasi dana syarikat lain dalam bidang yang sama - anda patut mempertimbangkan untuk melabur dalam dana yang menunjukkan prestasi terbaik ketika pasaran kurang memberangsangkan (tetapi melibatkan pengambilan risiko yang tinggi). Tetapi perlu diingat bahawa prestasi dana yang menggalakkan pada masa lalu tidak menjamin prestasi baik pada masa hadapan.

Jangan memulakan sebarang program pelaburan jika anda belum mengumpul wang simpanan secukupnya sebagai penampan perbelanjaan kecemasan selama antara enam hingga sembilan bulan. Penampan ini penting supaya program pelaburan tidak terjejas akibat berlakunya keperluan kewangan yang mendesak. Hutang jangka pendek perlu dilangsaikan sebelum menggunakan wang simpanan untuk melabur. Fahami risiko yang lebih besar jika melabur dengan wang pinjaman.

Berfikir secara jangka pendek boleh menjejaskan keberkesanan rancangan jangka panjang. Harus diingat bahawa dalam apa jua pelaburan, akan wujud keadaan tidak menentu yang akan pulih semula dalam tempoh jangka panjang. Oleh itu, anda perlu bersabar dan memegang pelaburan bagi tempoh lebih lama. Sejarah menunjukkan bahawa pasaran pelaburan tetap akan kembali pulih dan bergerak ke tahap baru yang lebih tinggi. Tetapi jika anda hendak membuat spekulasi bagi mendapat keuntungan segera, lakukan dengan berhati-hati dan pastikan jumlah wang yang dilaburkan tidak akan membebankan anda sekiranya berlaku kerugian.

Strategi bijak ini menyebabkan turun naik pasaran memberi manfaat kepada anda kerana melaburkan sejumlah tetap wang pada jarak waktu yang tetap bagi tempoh masa tertentu, akan mengurangkan kos purata jangka panjang bagi setiap saham. Ini merupakan cara terbaik untuk melabur dalam ekuiti yang sentiasa turun naik harganya kerana anda dapat membeli lebih banyak unit saham apabila harga turun dan membeli sedikit apabila harga naik. Cara ini juga boleh menggantikan strategi yang boleh membebankan kerana perlu meramalkan masa sesuai untuk melabur dalam pasaran.

Cara terbaik untuk mengurangkan risiko sambil mengekalkan kadar pulangan tinggi ialah mempelbagaikan pelaburan anda dalam pelbagai jenis produk pelaburan dan kelas aset. Jika anda hanya melabur dalam ekuiti, lebih wajar membuat pelaburan dalam pelbagai syarikat dan sektor. Jika anda melabur dalam unit amanah, pilih beberapa jenis dana jangan terhad pada satu. Kerugian yang dialami oleh beberapa kaunter/dana boleh ditampung oleh keuntungan yang dinikmati di kaunter/dana lain. Cara ini mengelakkan anda daripada terlalu terdedah kepada risiko satu pelaburan sahaja. Kata orang, lebih banyak, lebih selamat. Bagaimanapun, elakkan daripada mempelbagaikan pelaburan secara keterlaluan kerana ini boleh mengurangkan prestasi portfolio anda.

Sentiasa mengkaji semula dan mengawasi pelaburan anda untuk memastikan bahawa program pelaburan itu masih bersesuaian dengan matlamat kewangan anda. Pantau prestasi pelaburan anda untuk memastikan sama ada matlamat pulangan yang diharapkan telah dicapai, atau anda mungkin perlu menyusun semula pelaburan sekiranya gabungan pelaburan anda tidak sesuai lagi. Jangan takut menukar sesuatu pelaburan yang terlebih nilai dengan pelaburan baru yang lebih rendah nilainya. Tukar pelaburan untuk menyelamatkan modal anda dalam keadaan pasaran tidak menentu, bukan mengejar pendapatan lumayan yang belum pasti lagi.

Berhati-hati sekiranya ditawarkan keuntungan segera atau pulangan tinggi. Pada bulan Disember 2001, Suruhanjaya Sekuriti telah mengambil tindakan terhadap penipuan firma pasaran komoditi lani yang menipu pelabur beribu-ribu ringgit melalui skim mereka.

Apakang yang patut anda tahu sebelum melabur??

salam pembaca blog..

Apa khabar semua? Semoga sihat semuanya…

Sejak kebelakangan ini saya terus menerus dihujani dengan pelbagai tawaran pelaburan yang menjanjikan bulan dan bintang, pulangan tetap setiap bulan, pulangan tetap berdasarkan jumlah pelaburan, semakin besar modal maka semakin besar pulangannya….perniagaan networking berlian dan batu permata, perkongsian modal bersama syarikat Stokis dengan pilihan pulangan 5 bulan atau berapa sahaja anda tentukan …dan pelbagai bentuk pelaburan koperasi…

Wah..naik penat dan pening saya mendengarnya…

Apa lah nak jadi dengan pemikiran dan sikap kaum Melayu dan Bumiputera yang tidak sudah-sudah dengan aktiviti buat duit atau pelaburan yang menjanjikan pulangan yang cepat dan pantas :( kesian saya melihat mereka…

Apabila saya memberitahu perkara sebenar tentang pelaburan mereka buat-buat tidak faham…saya sarankan melabur di tempat yang betul dan dijamin dan diluluskan pihak kerajaan mereka was-was dan tidak berani dan kalau ada pun mereka hanya berani bermula dengan jumlah yang kecil…yang amat kecil…

Amat kecil jika nak dibandingkan dengan pelaburan yang mereka buat ke dalam pelaburan yang ntahapaapantah tu…yang dakwa mereka diluluskan oleh Bank Negara Malaysia lah, berdaftar dengan SSM lah dan macam-macam lagi lah…

Apa yang mereka nampak adalah pulangan dan keuntungan mudah yang boleh mereka perolehi hasil daripada pelaburan itu dalam masa yang singkat…dalam erti kata lain mereka ni terlampau ghairah nak cepat kaya dengan cepat, mudah dan Malas….

Mereka duk menjaja Company ni berdaftar dengan SSM lah, ada Sdn. Bhd. lah dan pelbagai lagi..tetapi mereka tidak tahukah bahawa mendaftar perniagaan dengan SSM itu sesiapa sahaja boleh buat … mereka mungkin mendaftar menjalankan perniagaan lain tetapi modus operandi mendapatkan deposit tu di bawah bidang kuasa pihak lain pula…Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti!

Dan yang paling mengharukan, apabila ditanya kepada mereka, apakah bisnes yang dijalankan oleh company tersebut sehinggakan boleh memberi jaminan pulangan yang tetap…???

Macam biasalah mereka menjawab tentang perkara yang menghairahkan tentang pelaburan seperti berlian ,batu permata, emas, balak, dan ada juga yang dicanang menjadi Stokis yang besar…

Tetapi apabila ditanya Stokis tu jual apa? Mereka hanya tahu menjawab Stokis tu jual barang-barang…Barang apa? Mereka pun tidak tahu..??? Hai kesiannya …mereka ini….lemah betul!

Itulah, kalau ada di antara kita yang melabur hanya melihat kepada pulangan yang dijanjikan dan bukannya hendak mengkaji dan membuat penilaian logik sebelum melabur…

Apabila ingin melabur anda perlu tahu tentang operasi syarikat berkenaan, apa aktiviti mereka, bagaimana mereka memperolehi keuntungan dan bagaimana aktiviti mereka itu menyumbang kepada perolehan sayarikat…

Dalam dunia ini, jika dilihat secara logiknya tiada siapa pun yang sudi berkongsi keuntungan yang besar dengan penyumbang modal mereka!

Lihat sahaja pihak Bank, anda smpan wang dengan mereka, berapa yang diberi kepada anda?

Jika disimpan dalam Akaun Simpanan Biasa tidak sampai 1% pun. Jika dalam FD simpanan tetap tidak sampai 4% pun. Tetapi tahukah anda, pihak bank mengenakan faedah 10% menggunakan wang anda tetapi mereka hanya beri 1% hingga 2% sahaja kepada Anda! Maka tidak hairanlah pihak bank terus mencatatkan keuntungan juta ringgit bahkan berbillion…

Dan yang paling menghairankan, mereka yang melabur dalam skim seumpama dengan skim cepat kaya ini, tidak pernah terfikir bahawa terlampau banyak perkara yang menjadi syak kepada pelaburan mereka.

Contohnya, ada sesetengah skim atau program tersebut secara terang-terangan dan jelas cuba berselindung dengan tidak memberi apa-apa dokumen Hitam Putih kepada para pelaburnya…apakah ini sesuatu yang boleh diterima jika anda melabur puluhan RM tetapi tiada satu pun kenyataan yang menunjukkan anda adalah pelabur kepada Company berkenaan???

Jika anda simpan wang di Bank anda dengan hanya dua tiga ratus RM pun ada buku akaunnya, inikan pula pelaburan yang puluhan ribu RM…!

Jadi saranan saya jika anda ingin membuat sesuatu pelaburan kaji dahulu, apakah aktiviti perniagaan tersebut, kerana pelaburan berkait rapat dengan permintaan dan tawara dalam ekonomi semasa dan bukannya hanya kepada Janji Pulangan Secara Tetap Setiap Bulan Berdasarkan Jumlah Modal Yang Anda Laburkan…

Berhati-hatilah…kerana di luar sana, terlalu ramai yang ingin mengambil wang daripada poket anda,….

Salam kekayaan,

Representing…… Public Mutual Unit Trust


Public Mutual merupakan syarikat yang bernaung dibawah Public Bank yang telah menjalankan operasi pelaburan yang menyelusupi seluruh dunia dengan menawarkan pelbagai faedah dan perkhidmatan yang menepati kehendak generasi masa kini. Berkonsepkan amanah, syarikat ini telah menduduki di kedudukan yang pertama dalm urusniaga pelaburan dengan menerima lebih daripada 100 buah anugerah sejak awal penubuhannya…..
Kini, Public Mutual telah dikenali sebagai sebuah syarikat unit trust yang menduduki ranking yang pertama dimalaysia dan menjadi best islamic fund in asia....

Investment UNIT TRUST adalah satu pelaburan jangka masa panjang yang mampu memberi pulangan yang jauh lebih baik berbanding dengan ASB, ASN, ASW atau mane mane syarikat pelaburan yang ditawarkan oleh institusi kewangan masa kini. Oleh itu UNIT TRUST telah menawarkan jenis pelaburan yang mampu memberikan pulangan yang lumayan sehingga 28% kepada pelabur-pelabur yang bernaung dibawah sayapnye….. ahakkkkksssss….. caya la…..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


TAHUKAH ANDA?
Ramai rakyat Malaysia kini tertipu dengan pelaburan-pelaburan yang haram di sisi undang-undang Malaysia, dengan harapan mendapat keuntungan yang besar dalam jangka masa yang singkat. Sedangkan kerajaan telah membuka ruang dan platform pelaburan yang halal dan sah di sisi undang-undang….
Pelaburan unit trust boleh dilakukan dengan 3 cara iaitu :
1. Tunai
2. Epf
3. Potongan Gaji Bulanan (TopUp)


Public Mutual menawarkan banyak pilihan dana islam yang menepati shariah seperti berikut:
  • Public Ittikal fund (PITTIKAL)
  • Public Islamic Equity Fund (PIEF)
  • Public Islamic Opportunities Fund (PIOF)
  • Public Islamic Dividen Fund (PIDF)
  • Public Asia Ittikal Fund (PAIF)
  • Public Islamic Asia Dividen Fund (PIADF)
  • Public Islamic Balanced Fund (PIBF)
  • Public Islamic Bond Fund (PI BOND)
  • Public Islamic Enhanced Bond Fund (PIEBF)
  • Public Islamic Money Market Fund (PIMMF)
  • Public Islamic Asia Balanced Fund (PIABF)


Bila patut melabur dalam unit trust?
Jawapan paling mudah ialah secepat mungkin.
Jawapan agak panjang ialah setelah anda ada simpanan kecemasan (3-6 bulan gaji) dan mampu untuk melabur wang selebihnya di dalam tabung amanah @ unit trust. Semuanya bergantung kepada perancangan kewangan anda - gaya hidup, keutamaan, kemampuan anda serta strategi & attitude anda terhadap ganjaran-risiko.
Gaya hidup: Seorang bujang boleh melabur terus di dalam unit trust. Tetapi, bapa atau ibu berkeluarga mungkin akan menyertai pelan takaful dahulu - cumanya, sekarang dana-dana takaful juga di laburkan di dalam saham-saham tabung amanah (e.g. investment link pakej).
Keutamaan: Pelabur yang lebih arif mungkin mahu mempunyai pilihan di dalam memilih saham sendiri. Melabur di dalam tabung amanah bermaksud anda melepaskan tanggungjawab memilih pelaburan amanah anda kepada pengurus tabung amanah berkenaan. Ingatlah, ada pengurus yang baik dan ada yang lemah.
Kemampuan: Dana yang anda ada juga perlu dilaburkan dengan bijak mengikut keperluan masing-masing. Dapatkan nasihat tetapi buat keputusan sendiri kerana anda yang lebih tahu keperluan dan kemampuan anda. Strategi saya - mulakan walau sedikit kerana jika tidak cuba, saya tidak tahu bagaimana unit trust berfungsi. Selepas ada pengalaman dan mendalami sedikit sebanyak, saya mampu membuat keputusan yang lebih baik.
Ganjaran-risiko (risk-reward): Biasanya kita didedahkan dengan kata-kata “lebih tinggi risiko, lebih tinggi ganjarannya”. Didalam Islam, kita digalakkan untuk mencari ganjaran di akhirat dan juga di dunia. Bukan semata-mata kerana wang, tetapi setiap pelaburan kita mesti didasarkan di atas prinsip membantu kebajikan ummah, sosial dan ekonomi sesama islam dan masyarakat.

Bagaimanakah Untuk Mengesan Skim Cepat Kaya

Salam pembaca blog!

Kita bersua lagi hari ini! Baiklah sebagaimana yang dijanjikan sebelum ini blog PemikirKaya dot com akan meneruskan khidmat untuk menyedarkan masyarakat akan penipuan dan pembohongan Skim Cepat Kaya!

Baiklah, ada ramai yang bertanya saya berkenaan persoalan ini…

“Bagaimanakah Untuk Mengesan Skim Cepat Kaya?”

“Saya Keliru dengan pelbagai tawaran berbentuk skim pelaburan, skim perkongsian modal, skim perniagaan dan ada juga yang mendakwa berdaftar dengan SSM dan memiliki lesen Akta Jualan Langsung (AJL) untuk menjalankan perniagaan berbentuk MLM dan Jualan Langsung..???”

Baiklah berikut panduan yang boleh anda gunakan untuk menilai sesuatu tawaran yang ditawarkan kepada anda, dan di antaranya kita panggilnya seperti berikut :-

Skim pengambilan deposit secara haram.

Ciri-cirinya adalah seperti berikut:-

Orang berkenaan (individu, syarikat atau organisasi) menerima, mengambil atau menyetujuterima deposit daripada orang awam tidak mempunyai lesen di bawah seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989;

Orang tersebut berjanji untuk membayar semula deposit dengan atau tanpa faedah atau pulangan (faedah atau pulangan pelaburan dijanjikan untuk dibayar dalam suatu tempoh masa dan dalam bentuk wang atau nilaian wang, sebagainya); dan

Orang tersebut berjanji untuk membayar semula deposit pokok apabila pembayaran balik dituntut atau pada suatu masa atau mengikut hal keadaan yang dipersetujui oleh atau bagi pihak orang yang membuat bayaran itu dan orang yang menerimanya, dengan apa-apa balasan berupa wang atau nilaian wang (pembayaran pelaburan pokok adakalanya dimasukkan sekali dalam faedah atau pulangan tetap yang dijanjikan).

Aktiviti pengambilan deposit secara haram selalunya berselindung dengan pelbagai cara untuk menipu orang awam menjadi mangsa skim pelaburan haram, antaranya, melalui tawaran pemberian emas dan barang berharga yang lain sebagai sebahagian daripada pulangan yang dijanjikan. Selain itu, orang ramai juga disogok dengan dakwaan bahawa deposit itu diterima sebagai pinjaman kepada syarikat.

Aktiviti pengambilan deposit secara haram seringkali digambarkan mampu memberi kadar faedah atau pulangan yang tinggi atau tidak realistik dalam suatu masa yang singkat berbanding dengan institusi-institusi berlesen yang lain. Bagaimanapun, skim-skim seperti ini tidak boleh bertahan lama;

Jangka hayat skim-skim seperti ini bergantung kepada penyertaan pelabur baru di mana dana pelaburan yang diterima akan digunakan untuk pembayaran dividen kepada pelabur lama. Sekiranya syarikat pengendali gagal mendapatkan pelabur baru, skim ini akan gagal kerana ketiadaan sumbangan dana dari pelabur baru.

Pada permulaannya, pelabur-pelabur awal akan dibayar pulangan pelaburan seperti yang dijanjikan. Bagaimanapun, akhirnya pengendali akan melarikan diri dengan wang deposit yang dipungut apabila pengendali mendapati skim akan mengalami kegagalan yang akhirnya menjadikan pelabur rugi.

Skim urus niaga mata wang asing haram

Urus niaga mata wang asing dengan seseorang, selain daripada seorang yang diberi kuasa, yang tidak mendapat kebenaran oleh Pengawal Pertukaran Wang Asing di bawah AKPW sering:

Menawarkan kepada pelabur atau orang awam peluang untuk berurus niaga mata wang asing dengan syarikat induk (yang kononnya mempunyai lesen sah untuk berurus niaga mata wang asing di luar negara);

Memudahkan urus niaga mata wang asing dengan menyediakan akses kepada laman web syarikat induk dan kemudahan urus niaga melalui internet; Menggaji lepasan siswazah sebagai eksekutif pemasaran dan mempengaruhi mereka supaya membuat ahli keluarga mereka membuat pelaburan;

Mengarahkan pelabur-pelabur untuk mendeposit wang pelaburan sama ada ke dalam akaun bank syarikat induk atau akaun bank pihak ketiga; dan Mempengaruhi pelabur-pelabur untuk menambah jumlah pelaburan (”panggilan margin”) atau menghadapi risiko kehilangan pelaburan mereka .

Pengendali skim mata wang asing haram akan cuba menyakinkan bakal-bakal pelabur dengan strategi pasaran yang menjanjikan pulangan segera dan tinggi-

Melalui penampilan imej yang profesional dan bereputasi dengan barisan pekerja yang berpakaian segak, keadaan pejabat yang bercirikan teknologi tinggi dan kemudahan IT yang terkini yang memudahkan pelabur-pelabur untuk mengendalikan akaun-akaun mereka melalui internet;

Dengan peralatan urus niaga seperti suatu skrin berita yang menunjukkan pergerakan dalam kadar pertukaran untuk memberi gambaran bahawa sesuatu perniagaan yang profesional dan sah di sisi undang-undang sedang dijalankan;

Kebiasaannya, pelabur juga dikehendaki untuk menandatangani satu kontrak urus niaga dengan syarikat. Kontrak-kontrak ini sering tidak ditandatangani oleh syarikat. Ini bermakna tiada tindakan boleh diambil oleh pelabur terhadap syarikat kerana tiada kontrak formal yang mengikat.

Jadi saya sarankan kepada anda semua untuk menyelidik dan berhati-hati dan jadikan maklumat yang saya kongsikan ini sebagai rujukan buat anda agar wang titik peluh anda selamat jika tidak mungkin ianya hilang lebur begitu sahaja.

Salam kekayaan,

Apakah itu unit trust?

Salam pembaca Blog !

Semalam ada rakan saya bertanyakan saya,

“Apa itu Unit Trust?”

“Unit Trust adalah Dana Unit Amanah atau Saham Amanah, “

jawab saya ringkas!

Setelah saya perjelaskan kepadanya barulah dia mulai faham. Selama ini dia hanya tahu bahawa Saham Amanah itu adalah seperti ASB ,ASN, ASW dan ASDidik sahaja.

Sebenarnya apa yang diketahui oleh rakan saya itu adalah sebahagian daripada produk Industri Unit Amanah. Ini kerana kesemua produk tersebut dikeluarkan dan diuruskan oleh pihak kerajaan melalui Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Senang cerita, ASB dan Amanah Saham yang disebutkan tadi bolehlah kita panggil sebagai Saham Amanah tajaan kerajaan.

Manakala terdapat banyak lagi Saham Amanah yang diuruskan oleh Pengurus Dana Swasta yang memberikan lebih banyak peluang untuk mendapatkan pulangan yang lebih kompetitif.

Kawan saya bertanya lagi kepada saya,

“Bagaimana pula pelaburan Unit Trust atau Unit Amanh beroperasi?”

Baiklah bagi menjawab persoalan yang ditimbulkan olreh kawan saya itu baik saya kongsikan dan jelaskan untuk pengetahuan dan maklumat semua pembaca setia blog ini.

Secara asasnya, Unit Trust merupakan satu skim pelaburan kolektif yang membenarkan para pelabur dengan objektif pelaburan yang sama untuk mengumpulkan simpanan mereka, yang kemudiannya dilaburkan oleh para pengurus pelaburan secara professional.

Pelabur Unit Trust tidak membeli saham secara langsung. Hak milik saham dibahagikan di dalam bentuk unit dan setiap pelabur dikenali sebagai pemegang unit (unitholder). Satu unit di dalam Unit Trust melambangkan sebahagian saham daripada jumlah pelaburan. Apabila nilai pelaburan di dalam porfolio Unit Trust meningkat atau menyusut, nilai atau ‘harga unit’ bagi setiap unit akan naik atau turun secara automatik.

Sebagai bukti pelaburan individu di dalam Unit Trust, setiap pelabur akan menerima pengesahan hak milik, samada dalam bentuk penyata (statement) atau sijil unit (unit certfificate). Jumlah unit yang dimiliki oleh setiap pelabur bergantung kepada harga jualan setiap unit dan jumlah wang yang dilaburkan oleh pelabur pada masa pelaburan dibuat.

Pulangan pelaburan bagi pemegang unit di dalam Unit Trust adalah biasanya gabungan daripada bayaran pendapatan tetap (pengagihan) dan peningkatan nilai kapital, yang diperolehi daripada jumlah pelaburan yang dijalankan oleh sesebuah dana Unit Trust.

Semoga anda mendapat manfaat daripada sedikit maklumat tersebut.