VISITORS


Sunday, August 16, 2009

Langkah-Langkah Mudah Memulakan Pelaburan Unit Trust Melalui Pengeluaran Ahli KWSP (EPF).

Nampaknya kita kena stop dulu cerita kelebihan2 skim unit trust sebab mulai hari ini, 1 Februari 2008, KWSP (EPF) dah start melaksanakan struktur baru pengeluaran pelaburan untuk ahli2 nya. So, ramailah yang bertanya apa bezanya dengan sistem sebelum ni… bezanya, KWSP perkenalkan “Simpanan Asas” dari akaun 1 mengikut umur ahli. Sila download dan baca panduan KWSP (click untuk download) ini (PDF format). Kat dalam tu ada ceritanya, tak payahlah saya nak ulang cerita lagi. Senang cerita, semakin ramai pencarum KWSP dah boleh buat pengeluran dari akaun 1 untuk buat pelaburan.
OK… kalau dah baca panduan tu dan layak buat pengeluaran, bagus tu.. buat apa nak tinggalkan duit anda kat KWSP kalau return setakat 4~5% setahun je. Tunggu apa lagi.. Marilah invest dalam skim unit trust yang returnnya lebih 20% setahun.. So, kat sini saya nak bagitau macam mana procedure nak buat pengeluaran tu..senang saja…
1) Pastikan anda telah faham serba sedikit tentang pelaburan unit trust. Antaranya konsep pelaburan, objektif fund yang nak dilaburkan dan profil pelaburan anda. Macam mana nak dapatkan info-info ini? Jangan risau, anda boleh berbincang dengan ejen-ejen berdaftar yang berurusan dengan unit trust, dan pastikan mereka menerangkan perkara-perkara tersebut dengan jelas kepada anda.
2) Dapatkan nombor akaun KWSP anda. Pergi ke KWSP dan check berapa jumlah simpanan anda dalam akaun 1. Senang saja, masukkan IC anda dalam kiosk yang disediakan, selepas pengesahan cap jari, anda boleh check dan print-out status akaun anda serta merta. Kalau ada internet dan anda telah mendaftar perkhidmatan online KWSP, lagi senang, log-in di http://www.kwsp.gov.my dan anda boleh check status akaun anda.
3) Dah tahu jumlah wang anda, check pula status kelayakan dan pengiraan berapa yang boleh anda keluarkan dari akaun 1 untuk pelaburan. Seperti saya bagitau tadi, check panduan KWSP (click untuk download) tadi. Contoh pengiraan juga disediakan kat situ. Kalau tak faham juga, tanya ejen anda.
4) Setelah anda pastikan kelayakan pengeluaran anda dan jumlah yang boleh dikeluarkan, fotokopi IC anda di atas kertas putih size A4. Muka hadapan dan muka belakang IC anda hendaklah di muka yang sama diatas kertas A4 tersebut. Atasnya front side dan bawahnya back side IC.
5) Langkah seterusnya, jumpa ejen anda dan beliau akan tolong anda isikan borang-borang berkaitan. Anda akan diminta tandatangan dan cap jari (kiri & kanan) ditempat-tempat yang berkenaan. Jangan lupa pula bawa sekali fotokopi IC anda tadi sebab kat situ pun kenan cap jari. Nombor akaun KWSP pun kena ingatlah. Ink cap jari ejen anda akan sedia kan, jangan risau.
6) Dah selesai.. sekarang anda serahkan kepada ejen anda untuk langkah-langkah seterusnya. Setelah pihak KWSP meluluskan permohonan pengeluaran anda dan wang anda diterima oleh pihak pengurusan unit trust yang anda sertai, mereka akan menghantar surat pemberitahuan penerimaan pelaburan anda. Antara lain yang dinyatakan ialah nombor akaun fund yang anda sertai, jumlah wang yang diterima dan jumlah unit yang diperolehi. Dengan ini, anda telah secara rasminya menyetai skim unit trust melalui pengeluaran pelaburan ahli KWSP. Tahniah!
Beberapa tips dan peringatan untuk memudahkan urusan anda.
(a) Pastikan fotokopi IC anda jelas. Boleh dibaca. Tidak overlap antara muka depan dan muka belakang IC anda. Tidak terputus, imej IC anda tidak diletakkan terlalu ketepi kertas A4 hingga terputus imejnya.(b) Untuk elakkan fotokopi jadi kabur, jangan fotokopi daripada kertas fotokopi IC anda (duplicate copy).(c) Isi borang dengan ballpen hitam sahaja. Lain color tak boleh.(d) Cap jari (ibu jari kiri dan kanan) mesti jelas. Kawan saya tanya kalau takde ibu jari camner? Alamak!! saya pun tak boleh jawab lagi… nanti saya refer orang yang lebih layak atau KWSP sendiri..(e) Sila bulatkan amaun pengeluaran KWSP anda. Contohnya RM2593.80, lebih baik dijadikan RM2590.00 (bulatkan ke amaun yang rendah). Ini akan memudahkan kakitangan KWSP memproses permohonan anda.(f) Seboleh yang mungkin, jangan tandatangan dan cap jari untuk borang pengeluaran KWSP yang akan datang (dont sign & thumbprint your future EPF form in advance). Biarlah ejen anda buat kerja sikit untuk anda di masa depan.(g) Kalau belum lagi daftar perkhidmatan online KWSP, dah terlanjur anda pergi ke KWSP tu daftar lah siap2. Nanti 3 bulan akan datang bila anda boleh keluarkan lagi wang KWSP untuk pelaburan, tak payah le nak pergi ke KWSP lagi… check kat online je lah amaun akaun KWSP anda.
OK… hopefully anda dapat faedah dari posting ni… Selamat melabur dalam

Sunday, December 21, 2008

Compund Interest

Sering saya ditanya “Apakah rahsia untuk menjadi kaya?”. Apa satu perkara yang boleh kita lakukan untuk memastikan kita menjadi jutawan?

Jawapannya amat mudah- infact, ianya bukan lagi rahsia oleh kerana didalam apa jua buku kewangan peribadi di dunia, sudah pasti terdapat satu bab menceritakan cara ini. cara yang 100% sekiranya digunakan akan menjadikan kita jutawan. Ya, anda juga boleh menjadi jutawan sekiranya mengikut cara ini. Tidak kira latar belakang pendidikan kita, tidak kira tahap intelegent kita, tidak kira apa kepakaran kita, terdapat satu cara yang akan memastikan seseorang itu menjadi jutawan. Namun, tidak ramai yang benar-benar mengambil kesempatan ini.

Caranya bukanlah cara cepat kaya… tetapi, cara pasti kaya. Hendak tahu apakah caranya? Izinkan saya jelaskan dengan satu gambaran…

Bayangkan seorang bayi apabila dilahirkan, pada setiap hari, ibunya meletakkan RM1.00 ke dalam tabung untuk bayi tersebut. Sehari satu ringgit. Sebulan jumlah nya menjadi RM30. Setahun, jumlahnya menjadi RM365. Teruskan simpanan kedalam tabung bayi tersebut dan ketika bayi itu berumur 40 tahun, jumlah yang terkandung didalam tabung tersebut adalah RM14,600.

Wang yang disimpan tidak berkembang. Mungkin tabung yang digunakan perlu upgrade menjadi tabung yang lebih besar. Tetapi, let’s face it… RM14,600 dari simpanan selama 40 tahun bukanlah jumlah yang
besar.

Sekarang, bayangkan sekiranya wang tersebut di simpan di dalam unit simpanan yang memberi pulangan interest sebanyak 12% setahun dan RM1 di simpan setiap hari sejak dilahirkan. Wang yang sepatutnya
hanya RM14,600, kini menjadi RM352,943.18 selepas 40 tahun.

RM352,943.18 ??? Dari mana datangnya lagi RM338,343?

Ini adalah jawapan kepada soalan bagaimana hendak menjadi kaya dengan pasti. Penambahan RM338,343 tersebut datangnya dari kuasa kompaun (Compound Interest)

Compund Interest adalah alat yang paling utama yang memberi kekayaan kepada orang-orang kaya di dunia. Elbert Einstein pernah di tanya mengenai compund Interest. Jawapan yang diberikan olehnya amat
mudah. Katanya, compund interest adalah “the greatest invention of all time”.

Sememangnya contoh saya mengenai bayi di atas agak tidak lojik. Takkan pula seorang ibu boleh memasukkan RM1 setiap hari sehingga umur bayi tersebut 40 tahun. Tetapi, contoh saya tersebut adalah
untuk menunjukkan bahawa betapa kecilnya simpanan kita, sekiranya dilaburkan pada jangka panjang, ia akan menjadi amat besar!

Saya mempunyai kenalan yang tahu mengambil advantage kuasa compound interest. Mereka adalah pasangan suami isteri sederhana. Pendapatan suami adalah RM2,500. Pendapatan Isteri juga RM2,500. Mereka hidup dengan sederhana dan tidak boros. Sehinggakan, segala perbelanjaan untuk menampung hidup dibayar oleh suami- kediaman, kereta, makan minum dan segala keperluan di bayar oleh suami. Manakala, gaji isteri di simpan ke dalam unit simpanan yang memberi pulangan 12% (Kini di Malaysia, pulangan 12% adalah agak biasa sekiranya anda research syarikat-syarikat Mutual funds). (Public Mutual is No.1... :wink: )

Pasangan tersebut sebenarnya adalah didalam jalan yang akan membawa mereka menjadi jutawan!

Bagai mana? Dengan menyimpan RM2,500 setiap bulan dan diberi pulangan 12% atas simpanan mereka, katakan mereka mulakannya pada umur 25 tahun (kahwin muda!).

Sebelum umur mereka mencecah 45 tahun, kekayaan mereka berjumlah RM2,473,138.41 . Ya, hampir RM2.5 juta! Dan ini dengan hanya menganggap gaji Isteri yang disimpan langsung tidak naik selama 20 tahun tersebut. Pasangan tersebut mencapai status jutawan pada umur 38 tahun! Kesemua ini adalah hasil kuasa compound interest!

Sekiranya anda tidak teruja dengan angka-angka ini, biar saya jelaskan lagi mengenai kuasa kompound interest dan apakah kunci kejayaan kompoun interest.

Kunci untuk compound interest. Iaitu, mulakan dengan cepat! Sekiranya anda berlengah memulakan simpanan anda, efek compound interest diperlambatkan.

Perhatikan senario ini. Zahid menyimpan RM200 setiap bulan sejak mula bekerja pada umur 20 tahun.

Asri pula lambat mengambil tindakan. Asri mula menyimpan pada umur 27 tahun. Tetapi, Asri menyimpan RM400 setiap bulan. dua kali ganda lebih dari Zahid.

Mari kita lihat apabila mereka berdua menjangkau umur 38 tahun…

Simpanan pelaburan Zahid adalah RM 115,124.39

Simpanan pelaburan Asri pula adalah RM 108,758.34 - walaupun Asri menyimpan dua kali ganda dari pada Zahid.

Ini menunjukkan keputusan Zahid melabur awal- walaupun sedikit jelas memberi pulangan yang lebih berbanding dengan Asri yang mengambil keputusan melabur lewat - walaupun dua kali ganda.

Sekarang, mungkin antara pembaca mengeluh… tapi Irfan- menunggu 20 tahun adalah masa yang lama! Menunggu 15 tahun adalah masa yang lama untuk mencapai kekayaan.

Anggap compound interest sebagai alat untuk menjadi kaya. Walaupun mungkin mengambil masa yang lama, namun, ia adalah cara yang pasti. Teringat saya tentang cerita sang arnab dan kura kura. Di mana arnab dengan pantas dan bongkak memulakan perlumbaan. Tetapi, di akhir perlumbaan, sang kura-kura yang perlahan yang tersenyum riang memenangi perlumbaan!

Buat pesanan akhir, tanya diri sendiri. Boleh kah anda menyimpan RM10 setiap hari mulai hari ini kedalam akaun pelaburan yang memberi pulangan 12% setahun? Jika boleh, teman, dalam masa 30 tahun, anda juga adalah seorang jutawan!

Salam cemerlang!

p/s : Jika anda berminat sekarang adalah masa terbaik untuk membuat pelabuaran kerana kebanyakan harga pasaran saham unit amanah berada pada tahap rendah. untuk mendapat khidmat saya anda boleh hubungi saya di talian 012-3616466.

artikel source : Irfan khairi newsletter Jutawan dan Pengasas Rahsia Internet dan Mentor Jutawan

Friday, December 19, 2008

10 Tips Melabur dengan Bijak dalam Pasaran Modal


Pasaran Modal Malaysia menawarkan produk pelaburan yang berikut:

saham (ekuiti)
bon
waran, CULS (saham pinjaman)
dagangan komoditi
niaga hadapan & indeks opsyen
unit amanah

selain daripada aset pelaburan bukan modal seperti simpanan bank, hartanah, insurans dan barang koleksi bernilai.

Seorang pelabur bijak akan memilih satu atau lebih daripada aset pelaburan di atas, bukan sahaja berdasarkan matlamat dan jumlah modal yang dimiliki, tetapi juga bergantung kepada kesanggupan menerima risiko. Semua pelaburan mempunyai risiko; sebahagiannya lebih berisiko berbanding yang lain. Anda perlu memastikan sama ada anda seorang yang sanggup menerima risiko atau sebaliknya supaya anda boleh meneruskan program pelaburan sama ada yang agresif, sederhana atau konservatif. Pendek kata, pilih strategi pelaburan yang sesuai dengan profil anda kerana anda perlu rasa senang dengan pilihan tersebut. Jika anda tidak sanggup menerima risiko, elakkan melabur dalam ekuiti kerana harganya sentiasa turun naik dalam masa yang singkat. Anda boleh melabur seberapa agresif yang anda ingini, asalkan masih boleh tidur nyenyak pada waktu malam.

Bon, komoditi, niaga hadapan dan opsyen ialah instrumen modal yang menarik bagi pelabur institusi dan memerlukan modal yang besar untuk berurus niaga. Sebagai pelabur runcit, anda mungkin lebih selesa melabur dalam ekuiti dan unit amanah. Tetapi yang mana lebih sesuai untuk anda?

Jika anda ada banyak masa untuk membuat penyelidikan tentang saham dan arah aliran pasaran, serta gemar menguji kebolehan sendiri, anda bolehlah melabur terus dalam pasaran saham. Sebaliknya, jika anda tidak mahu menanggung bebanan setiap hari mengendalikan sendiri urusan pelaburan, menyediakan sejumlah wang setiap kali membuat pelaburan dan mengambil langkah untuk mempelbagaikan pelaburan secepat mungkin, anda patut mempertimbangkan untuk melabur dalam unit amanah.

Jangan laburkan wang sebelum anda benar-benar memahami semua maklumat yang berkaitan dengan pelaburan.

Bagi saham, anda perlu membuat pilihan berdasarkan pendekatan fundamental, bukan berdasarkan khabar angin. Bersedia untuk membuat analisis terhadap laporan tahunan syarikat, penyata kewangan dan laporan lain serta mengikuti semua perkembangan pelaburan dalam industri berkenaan, dalam negara, dan di peringkat antarabangsa. Anda mungkin boleh menggabungkan pendekatan analisis fundamental ini dengan pemilihan masa yang tepat dan bijak untuk memasuki pasaran. Berwaspada terhadap apa saja cadangan daripada rakan anda atau khabar angin, terutamanya jika tiada penjelasan munasabah disebalik cadangan itu. Prinsip asas membeli saham ialah caveat emptor: biar pembeli berwaspada.

Bagi unit amanah, anda harus meneliti dana unit amanah dan syarikat pengurusannya sebelum membuat pelaburan. Baca dan fahami prospektus dana, surat ikatan amanah, penyata kewangan, matlamat pelaburan, di mana dan bagaimana wang anda dilaburkan, risiko terbabit dan bayaran yang dikenakan. Buat penyelidikan, kumpulkan maklumat mengenai prestasi dana syarikat itu pada masa lalu dan bandingkan dengan prestasi dana syarikat lain dalam bidang yang sama - anda patut mempertimbangkan untuk melabur dalam dana yang menunjukkan prestasi terbaik ketika pasaran kurang memberangsangkan (tetapi melibatkan pengambilan risiko yang tinggi). Tetapi perlu diingat bahawa prestasi dana yang menggalakkan pada masa lalu tidak menjamin prestasi baik pada masa hadapan.

Jangan memulakan sebarang program pelaburan jika anda belum mengumpul wang simpanan secukupnya sebagai penampan perbelanjaan kecemasan selama antara enam hingga sembilan bulan. Penampan ini penting supaya program pelaburan tidak terjejas akibat berlakunya keperluan kewangan yang mendesak. Hutang jangka pendek perlu dilangsaikan sebelum menggunakan wang simpanan untuk melabur. Fahami risiko yang lebih besar jika melabur dengan wang pinjaman.

Berfikir secara jangka pendek boleh menjejaskan keberkesanan rancangan jangka panjang. Harus diingat bahawa dalam apa jua pelaburan, akan wujud keadaan tidak menentu yang akan pulih semula dalam tempoh jangka panjang. Oleh itu, anda perlu bersabar dan memegang pelaburan bagi tempoh lebih lama. Sejarah menunjukkan bahawa pasaran pelaburan tetap akan kembali pulih dan bergerak ke tahap baru yang lebih tinggi. Tetapi jika anda hendak membuat spekulasi bagi mendapat keuntungan segera, lakukan dengan berhati-hati dan pastikan jumlah wang yang dilaburkan tidak akan membebankan anda sekiranya berlaku kerugian.

Strategi bijak ini menyebabkan turun naik pasaran memberi manfaat kepada anda kerana melaburkan sejumlah tetap wang pada jarak waktu yang tetap bagi tempoh masa tertentu, akan mengurangkan kos purata jangka panjang bagi setiap saham. Ini merupakan cara terbaik untuk melabur dalam ekuiti yang sentiasa turun naik harganya kerana anda dapat membeli lebih banyak unit saham apabila harga turun dan membeli sedikit apabila harga naik. Cara ini juga boleh menggantikan strategi yang boleh membebankan kerana perlu meramalkan masa sesuai untuk melabur dalam pasaran.

Cara terbaik untuk mengurangkan risiko sambil mengekalkan kadar pulangan tinggi ialah mempelbagaikan pelaburan anda dalam pelbagai jenis produk pelaburan dan kelas aset. Jika anda hanya melabur dalam ekuiti, lebih wajar membuat pelaburan dalam pelbagai syarikat dan sektor. Jika anda melabur dalam unit amanah, pilih beberapa jenis dana jangan terhad pada satu. Kerugian yang dialami oleh beberapa kaunter/dana boleh ditampung oleh keuntungan yang dinikmati di kaunter/dana lain. Cara ini mengelakkan anda daripada terlalu terdedah kepada risiko satu pelaburan sahaja. Kata orang, lebih banyak, lebih selamat. Bagaimanapun, elakkan daripada mempelbagaikan pelaburan secara keterlaluan kerana ini boleh mengurangkan prestasi portfolio anda.

Sentiasa mengkaji semula dan mengawasi pelaburan anda untuk memastikan bahawa program pelaburan itu masih bersesuaian dengan matlamat kewangan anda. Pantau prestasi pelaburan anda untuk memastikan sama ada matlamat pulangan yang diharapkan telah dicapai, atau anda mungkin perlu menyusun semula pelaburan sekiranya gabungan pelaburan anda tidak sesuai lagi. Jangan takut menukar sesuatu pelaburan yang terlebih nilai dengan pelaburan baru yang lebih rendah nilainya. Tukar pelaburan untuk menyelamatkan modal anda dalam keadaan pasaran tidak menentu, bukan mengejar pendapatan lumayan yang belum pasti lagi.

Berhati-hati sekiranya ditawarkan keuntungan segera atau pulangan tinggi. Pada bulan Disember 2001, Suruhanjaya Sekuriti telah mengambil tindakan terhadap penipuan firma pasaran komoditi lani yang menipu pelabur beribu-ribu ringgit melalui skim mereka.